Tuesday, July 13, 2010

Lubang itu ditutup.

Salam 1Malaysia. Kalo sesape yg biasa melalui jalan seelong-senai pasti tahu keadaan jalannya. Jalannya penuh liku & lopak. Lubang2nya pula ade yg dlm & besar. Yg berlubang plak, kalo dh ditutup balik pasti akan kembali berlubang dlm beberapa hari kemudian. Yg berlubang x ditutup2 plak semakin menjadi barah la jwbnya, makin besar & kadangkala blh wat takungan kolan ternakan ikan. Boleh dikatakan mmg mencabarlah apabila menggunakan jalan terbabit. Lagi2 aku yg mmg guna jalan tersebut utk ualang-alik ke tempat kerja.

Pernah juga aku lihat penunggang motosikal terjatuh gara2 terlanggar lubang. Kereta bertembung sesama sendiri kerana mengelak lubang. Tayar kereta pecah dh mcm pesta pon pernah. Aku? Pernah gak terlangar lubang yg besar & dlm gara2 tiada ruang utk mengelak & memikirkan kedaan kereta yg di belakang aku yg terlalu rapat mencucuk. Aku cuma risaukan keadaan kereta aku. Takut tayar pecah & sport rim baru bengkok.

Setelah hari2 aku mengomel jalan yg semakin teruk, semalam, ketika aku pulang dari tempat kerja terlihat kerja2 menutup lubang terbabit. Jdnya, aku akan mengira lagi berapa lama jln yg ditutp lubang itu bertahan? Dh mcm trend terkini, setiap lubang yg dikorek, apabila di tutup kembali tidak akan bertahan lama. Kenapa yek?


No comments:

Post a Comment