Salam 1Malaysia. Siapa di sini yg hendak duit? Mesti ramai di luar sana sedang mengatakan "mestilah nak", kn? Entry kali nih bukanlah saje2 nk bag duit. Saje je nk cuba interaksi secara tulisan. Sebenarnya, aku mmg suka menjadi pemerhati & akan berfikir ape yg aku lihat. Semalam ketika sedang mendengar khutbah jumaat, aku terpandang akan sebuah tabung masjid yg bergerak dari sebelah ke sebelah sampailah ke hujung saf. Penghujungnya adalah bebtul di hadapan aku. Kali ini yg speselnya ialah tabung itu transparent & mmg jelas kelihatan not-not duit yg berwarna warni. Yg aku lihat, majoriti duit ada dlm tabung tersebut bernilai RM1.00 (warna biru).
Aku cuba perhati tajam ke arah tabung tu namun langsung tidak nmpk not yg berwarna ungu (RM100) & biru (RM50). Setakat not merah (RM10) tu ade tp x byk. Tetiba aku teringat dgn satu e-mail yg aku pernah baca berkenaan nilai RM1.00 VS RM50.00. Aku sendiri akui berkenaan nilai RM1 dn RM50 tu. Mmg benar yg aku lihat smlm RM1.00 byk kt tabung masjid.
Mcm aku sendiri. Bilalah aku boleh meringankan tangan & mengikhlaskan diri memasukan not RM50 ke dalam tabung masjid tuh? Bila difikir kembali, mmg aku malu sbb terlalu "kedekut" dlm bab mengikhlaskan diri ini. Mmg benar kata orang. Berapa pun nilai duit kita beri yg plg penting ikhlas. Tapi dlm bab tabung masjid, sedekah, zakat, kenapa harus berkira? Susah kan nk ikhlaskn diri kalo terlihat RM50 pada kita berbanding RM1? Apa nk jadi...
No comments:
Post a Comment