Tuesday, August 10, 2010

Apabila Sultan ku murka..

Salam 1Malaysia.
 
Daulat Tuanku..Terkesima. Terkejut. Terkezut. Semua adenya ade bila aku terlihat Sultan Johor bertitah murka di dalam Buletin Utama TV3 mlm td. Ya. Mmg nmpk dari sedutan titah baginda Sultan dlm berita itu menunjukkan baginda amat murka & berkecil hati.
 
Mmg sebelum ini aku ade dgr ttg kejadian yg menyebabkan baginda sultan johor murka. Kan aku nih anak jati Johor. Aku juga mmg menetap di Johor. Aku ade dpt berita dr beberapa informer ttg kejadian itu. Setelah aku mendengar titah murka banginda itu, maka mmg benarlah kejadian yg aku dgr tempohari yg berlaku di Batu Pahat, Johor. Mmg biadap tindakan mereka itu.
 
Mmg aku akui, perpaduan di Johor mmg jelas kelihatan. Bagi aku kerajaan BN negeri Johor sudah menjalankan pentadbiran dgn cukup baik sekali. Tp kehadiran beberapa pemimpin politik luar yg cuba mengubah corak kehidupan di negeri kesayanganku mmg membuatkan aku & majoriti rakyat Johor menyampah. Aku tahu siapa yg terlibat dlm menyalakan api kemurkaan sultan Johor. Mereka bukanlah berasal dr Johor.
 
Pada aku mmg tepat titah kemurkaan baginda itu. Sepatutnya pihak yg terbabit harus berwaspada dgn tingkah laku apabila berurusan di dalam negeri jajahan takluk baginda. Antara petikan titah kemurkaan baginda (sumber : Berita Harian)
 
"Akhir-akhir ini, saya mendapati ada pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini demi kepentingan peribadi mereka dan sebagai contoh terbaru, pada satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini, ada pihak cuba mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya di sepanduk kempen politik mereka. Perbuatan itu satu tindakan yang biadap dan kurang ajar serta tidak seharusnya berlaku walaupun saya tahu pihak polis sedang menyiasat perkara itu. Namun rakyat di negeri ini jangan menjadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan manusia yang tiada pendirian hidup kerana saya tidak mahu rakyat saya dipecah-belahkan manusia seperti ini,”
 
Aku mmg menolak apa juga cubaan utk memecahbelahkan keharmonian kehidupan di dalam negeri Johor & Malaysia. Pada aku, cubaan begini menggambarkan yg parti politik yg terbabit amat dahagakan kuasa hingga hilang kewarasan dlm berpolitik. Dahulu mempermainkan nama YDP Agong, sekarang nk memperkecilkan sultan johor pula. Nampaknya, silap langkah laa manusia2 yg amat GILA KUASA ini.

No comments:

Post a Comment