Salam 1Malaysia..
Isu gaji minimum mmg sedang hangat dibincangkan ketika ini di media massa. Mmg benar. Banyak negara telah mempunyai sistem gaji minimum di sektor swasta. Dlm hal ini, kelihatan mmg Malaysia agak ketinggalan dlm pelaksanaannya. Bagi aku mmg wajar diadakan sistem gaji minimum sektor swasta ini. Rasenya dh banyak kes aduan berkenaan tahap gaji pekerja di kategorikan di bawah taraf miskin spt pengawal keselamatan & pekerja am swasta.
Kewajaran ditetapkan gaji minimum ini adalah bersandarkan kepada satu usaha untuk mengelakkan berlakunya manupulasi pengerahan tenaga manusia yg tidak dibayar dgn setimpal. Jika dilihat dari sudut positif, penetapan gaji minimum ini dapat memberi kelegaan kepada pekerja dalam sektor swasta dari di tindas & dinafikan hak pendapatan mereka. Jadi, semua pengusaha industri & swasta akan berasa lebih bertanggungjawab dengan tidak sesuka hati mengerah tenaga manusia tanpa bayaran yg setimpal. Malah penetapan gaji minimum ini juga diharap akan dapat memberikan keadilan kepada pekerja2 industri swasta. Peningkatan kos sara hidup juga kadangkala tidak dilihat oleh majikan agar disemak semula kadar bayaran @ upah pekerja masing2. Malah tidak mustahil kadar bayaran yg ditetapkan oleh pengusaha industri ini masih sama dgn kadar upah pada 10 tahun yg lalu.
Manakala permintaan pihak berkuasa Indonesia yg mahukan penetapan gaji untuk pembantu rumah @ amah sebanyak rm800 dilihat agak keterlaluan. Bagi aku pula, pembantu rumah ini cukuplah dibayar dgn Rm400 kerana ;
1- Tempat tinggal telah disediakan. (kalo kt KL sewa bilik shj dh nk dekat RM200 tanpa perabot)
2 - Makan & minum ditanggung oleh majikan (RM5 sehari, kalo sebulan?. Itu belum lg kira yg dia curi2 mkn)
3 - Kerja tanpa pengawasan (buleh buat sesuka hati nk wat ape2 time majikan keluar bekerja)
Aku pon ada pengalaman cerita berkenaan pembantu rumah ni. Yg lari dr rumah, yg mula demand kerja, yg mula demand gaji, yg curi2 makan smpi licin peti ais. Ishk..Ape lg yg mereka nk. patutnya mereka bersyukur dgn apa yg mereka dapat. Pihak berkuasa Indonesia pula perlulah memandang semua ini dlm pelbagai aspek. Jgn hanya membangkit isu tanpa mengambik kira apa yg golongan meraka perolehi.
No comments:
Post a Comment