Friday, August 27, 2010

Nostalgia berpuasa.

Salam 1Malaysia..

Rasenye ramai yg mempunyai nostalgia semasa berpuasa. Aku? mmglah ade. Mmg byk nostalgia berpuasa yg aku lalui ketika hidup nih. Yg aku nk kongsikan nostalgia berpuasa nih adalah ketika aku menuntut di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Mmg aku x akan lupa. Kiranya, aku berjauhan laa dr family. KL-JB kira jauh ape. 300++km tau.

Aku mmg akan berbuka bersama rakan2 yg senasib. Maksudnya, yg x berbuka ngan family, ngan aweks & tgh control budget. So, aku & rakan2 akan menjadikan bilik salah seorang dari kami sbg tempat berkumpul. So, bila dh diukur dr segi latitud & longitud, maka bilik Alfian menjadi pilihan. Biliknya terletak kt floor paling bawah. Lgpon bilik die mempunyai pemandangan yg cantik iaitu menghadap NKVE highway. Makanan? Masing2 lah kene beli.

Aku plak selalunya akan ke Bazar Ramadhan utk mendapatkan makanan. Adalah satu ketika aku pergi ke Bazar Ramadhan berdekatan syeksen 14 PJ dgn menaiki motosikal. Time tuh aku pergi bersama dgn Azlan Ajaib. Seingat aku, ketika perjalanan pulang dr bazar, hujan baru shj teduh. So, aku pun pulanglah menunggang motosikal yg dibonceng oleh Azlan. Ketika melalui satu lopak air dgn berhati2, tetiba datang satu kereta dgn agak laju. Kereta itu terus melanggar lopak air tersebut & akhirnya air dr lopak tersebut telah menyimbahi aku & Azlan. Apabila sampai shj ke kolej 11, aku terlihat makanan yg dibeli & dapati..mee goreng aku & azlan dipenuhi air lopak td. Mmg sadis betol time tuh. Time buka poser ramai2, aku buka jek bungkusan mee tuh mmg bertakungan air di dalamnya. lawak pon ader..Nasib baik ade rakan2 yg memahami. Dorang ajak kongsi2 makanan.

Pastu blh plak si Azlan wat lawak ketika aku tgh minum air cendol. Rasenye time tuh kitaorg minum dlm jug sbb x bw cawan. Aku pon ketawalah sehinggakan..

Cendol terkeluar dr hidung aku masuk semula dlm jug air cendol.

Apalagi, makin gamatlah suasana. Ketawa terbahak2 smpi nk pecah perut.

Kemudian, org lain sibuk nk siap2 pergi terawikh kitaorg plak sibuk pegi bakar mercun. Lepas bakar, masing2 sembunyi. Yg x tahan, boleh plak time bakar mercun thunderclap , termenghala ke rumah pengetua kolej. Apalagi, kecut perut terus melarikan diri & bersembunyi laa kami.

Itulah kenangan nakal yg aku plg ingat. Alfian, Azlan, Jaka, Razaleigh, Ben & lain2. Mmg best laa memory kt PASUM tahun 2001/2002.


 

No comments:

Post a Comment