Salam 1Malaysia..
Just nk bw kembali suasana bulan kemerdekaan beberapa tahun dahulu. Rasenya ramai yg pernah lihat akan bendera "jalur gemilang" dikibarkan pada bulan kemerdekaan negara. Baik di premis2 kerajaan, swasta & persendirian. Pelbagai kempen dijalankan pd bulan kemerdekaan negara iaitu bulan Ogos. Namun budaya pengibaran "jalur gemilang" ini seakan2 hilang ruhnya. Semacam tidak ade lg bulan kemerdekaan. & sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mmg aku perasan yg satu budaya seakan2 hampir pupus iaitu....
.
.
.
.
sumber gambar : en google
Pengibaran jalur gemilang di kenderaan. Dulu aku lihat boleh dikatakan majoriti kereta mengibarkan bendera kecil ini. Tidak kira bangsa. Mmg budaya pengibaran bendera kecil ini cukup bermakna dlm memeriahkan bulan kemerdekaan. Dahulu di kedai2, penjualan bendera ini cukup laris. Tp sekarang, mmg sukar utk mendapatkan "aksesori tambahan" ini.
Tak cukup dengan itu. Nk lagi besar & bergaya. Jalur gemilang dikibar di kereta dgn gaya tersendiri spt...
.
.
.
.
Siap letak bendera besar kt bonet kereta. Mmg meriah kan? Dolu2 kalo dh ramai yg psg bendera kecil kt kereta, bendera besar kt bonet, mmg dh tau nk dekat sambutan hari kemerdekaan negara.
Tp sekarang...
Aku sendiri malu nk lekat bendera kecil kt kereta. Kenapa yek?? Apa nk jadi..
Kata orang, semangat nasionalisme bukan terletak pd bendera, tp terletak pd jiwa.
Ya mmg aku setuju tp..
Kan lebih baik kalo kita sama2 meriahkan bulan kemerdekaan dgn pengibaran jalur gemilang. Sekurang2nya kita boleh lahirkan perasaan bangga terhadap negara kita.
Kan kita nih 1Malaysia..Hehehehe
*Mesti org yg bg idea bendera kecil nih dh kaya-raya. Mmg bernas idea pengibaran bendera kecil nih.
No comments:
Post a Comment