Salam 1Malaysia.
Jgn terkejut plak bila tgk tajuk entry nih. 31 Ogos 1957, time tuh aku mmg belum lahir. Apapun sebelum terlupa aku nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Dh 53 tahun negara kita merdeka dr cengkaman penjajahan secara fizikal.
Owh berbalik kpd tajuk entry, aku nk share cerita ttg nostalgia sambutan hari kemerdekaan ketika dibangu sekolah dahulu. Aku kan bersekolah berasrama sejak dari tingkatan 1. So, dipendekkan cerita, sekolah aku dulu iaitu SAKTI mmg menganjurkan sambutan hari kemerdekaan setiap tahun kecuali pada tahun 1996 iaitu ketika aku berada di tingkatan 1. Kan aku nih antara golongan first batch a.k.a PIONEERZ. Rasenye time tuh mmg batch aku jek yg ade kt dlm sebesar2 sekolah tuh. Adalah dlm 180 orang jek kot.
Yelah kan. Tgh time muda-mudi lg. Mmg lah perasaan nk sambut hari merdeka tu cukup hangat. Lgpon dhjadi peraturan asrama. Pkl 11 malam jek, lampu kene tutup. Aku & rakan2 mmg rancang nk sambut merdeka secara kecil-kecilan di asrama. Tepat shj jam 12 tghmalam, aku & rakan2 semua menjerit 'Merdeka!..Merdeka!..Merdeka'. Korang nk tau ap yg terjadi lepas tuh..
Aku & rakan2 semua kena panggil turun oleh warden asrama. Kami kene berkumpul di tengah2 padang bola yg belom lg serupa padang bola time tuh. Kehadiran kami disambut dgn nyalakan anjing2 liar sekitar sekolah. Pehh. Dh start dah. Kami kene raging denda dgn warden di waktu kemuncak tgh2 pagi buta. Warden cakap die mmg nk bagi peluang kt kami sambut Hari Kemerdekaan puas2. Pedih tuh ayat die. Acara dimulakan dgn nyanyian lagu Negaraku. Selagi x sama & x betul, selagi tuh kami kena ulang nyanyi. Kemudian lagu Bangsa Johor. Pon sama kena ulang. Tp yg aku paling heran, x masuk akal, kami kene nyanyi lagu 'Majulah Singapura' sebab ada di antara kami yg mmg dok Singapura. Sampai kini aku pon x paham kenapa nama singapura ada dlm kejadian ini. Kemudian kami dipaksa laung & jerit 'Merdeka' kuat2 di tengah padang.
Itulah pengalaman bersama ahli2 PIONEERZman yg tak akan aku lupakan. Kenangan 31 Ogos 1996. Majlis bersurai ketika hari sudah hampir bertemu subuh. Walaupun didenda, tp kami tetap berasa seronok. Sebab itu batch aku mmg rapat. Sebesar2 bangunan sekolah time tuh, mmg hanya batch kami jek yg ada. Apalagi. Mmg kami bermaharajalela.