Wednesday, May 12, 2010

Aksi hambar yg cukup mengecewakan



Salam 1Malaysia. Sekarang nih rata-rata rakyat Malaysia tgh demam Piala Thomas & Uber. Manakan tidak, Malaysia adalah tuan rumah pada perlawanan kali ini. Jadinya, mmg besarlah harapan rakyat Malaysia agar pasukan Malaysia dpt menjulang piala Thomas pada kali ini. rasenya dh lama team negara x pegang piala nih. Kali terakhir kita bergelar juara adlh pd tahun 1992 yg mana negara kita juga adlh tuan rumah pada tahun tersebut.. seigt aku pada waktu itu, team anak2 sidek yg memonopoli pasukan negara.

Jadinya, mlm td aku berkesempatan utk menonton secara langsung perlawanan peringkat kumpulan B di TV9 yg melibatkan pasukan negara menentang pasukan yg dianggap underdog team iaitu Jepun. Sebelum perlawanan, pasukan negara yg cukup bongkak telah mengatakn yg mereka mampu tundukkan pasukan Jepun dgn 5-0 atau 4-1. Tapi apa yg berlaku pada perlawanan mlm td cukup mengecewakan aku selaku penyokong hardcore pasukan negara. Setelah Jepun ketinggalan 2-0, mereka bangkit bermula dgn acara perseorangan. Dgn kelebihan 2-0 pada peringkat awal tidak bermakna lagi setelah gandingan beregu negara kalah & terikat dgn kedudukan 2-2. Jadinya semua tanggungjawab  telah disandarkan kepada pemain pilihan ke-3 perseorangan negara iaitu Hafiz Hashim utk membawa pasukan negara menjadi juara kumpulan B. Setelah melihat permainan calon perseorangan pilihan ke-3 lelaki negara, amatlah aku kecewa kerana Hafiz Hashim kurang menggunakan peluang keemasan yg ada & lawannya kelihatan tercungap2. Tetapi, dgn semangat kamikaze yg tinggi disemai kepada pemain Jepun, Pasukan negara rebah di tangan team Jepun dgn kesudahan rubber set 3-2. Aku agak kecewa dgn aksi hambar pasukan negara. Semacam tidak bermaya. Tp aku tetap menanam keyakinan yg pasukan negara masih boleh meneruskan misi utk menjulang piala Thomas ini. Walaupun kalah di tangan Jepun, pasukan negara masih tetap boleh beraksi pd peringkat suku akhir ini. Pasukan Malaysia akan berdepan Denmark pada peringkat suku akhir ini.

Chaiyokk Malaysia. Bangkitlah dari lena.

No comments:

Post a Comment