Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru.


Salam 1Malaysia. 16 Mei merupakan satu tarikh yg telah di"reserve"kan utk perayaan hari guru. So, dikesempatan ini aku ingin merakamkan sebyk2 perhargaan kepada guru-guru yg telah mencurahkn pelbagai ilmu kpd aku hinggalah aku kini bekerja dlm bidang profesional. Kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Besar (SKBB), terima kasih kerana memperkenalkan aku kepada bentuk huruf & nombor kepada aku sehingga aku pandai mengira, mengeja & membaca. Terima kasih juga aku ucapkan kepada ustaz & ustazah Sekolah Agama Felda Bukit Besar (SAFBB) kerana memperkenalkan aku kepada huruf jawi sehingga aku pandai membaca kitab & ilmu bekalan akhirat. Terima kasih juga aku ucapkan kepada ustaz & ustazah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat (SMKAS) kerana mencurahkan ilmu duniawi & akhirat peringkat awal menengah walaupun hanya utk beberapa minggu. Terima kasih kepada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) kerana sudi mencurahkan ilmu yg berguna pada peringkat menengah. Terima kasih juga kepada semua guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg telah banyak mengajar aku ttg pentingnya ilmu utk meneruskan kehidupan sebagi insan yg berilmu pengetahuan. Untuk semua guru-guru yg sempat mendidik aku, aku ucapkan banyak2 terima kasih. Jasamu akan tetap aku kenang.

"..SELAMAT HARI GURU.."

No comments:

Post a Comment