Tuesday, May 4, 2010

Perihal Anak..



Salam 1Malaysia. Aku gemar berkongsi & berbalah pendapat dgn my wife dlm sesuatu isu. Tujuan kami hanyalah utk menggerakkan otak & saling tukar maklumat. Di sini aku berminat utk berkongsi satu isu yg agak menarik iaitu berkenaan anak. Maksud aku bukanlah cara mendapatkan anak tetapi isu perkembangan anak. Utk pengetahuan kami berdua bekerja utk memenuhi tuntutan masing2 melengkapi keperluan masakini. Bukan utk bermewah tp cukuplah utk membina karier masing2. Aku inginkan wife aku mencapai tahap karier plg tinggi dlm hidupnya. Aku ingin lihat die terus maju.

Tapi seringkali kami risaukan kpd perkembangan anak kelak. Maklum shjlah. My wife yg berada disekolah dpt lihat perkembangan anak muridnya yg cukup mencabar & adakalanya cukup membimbangkan. Yang menjadi isu adalah berkenaan penjaga kpd anak kami kelak. Siapa yg patut kami serahkan apabila kami keluar bekerja kelak. Memanglah tanggungjawab menjaga anak nnti menjadi kewajipan kami. Tp hanya pada waktu yg kritikal iaitu pada waktu bekerja menjadi persoalan kami.

Sebenarnya aku tidak mahu menyusah orang tua aku & juga keluarga mentua aku. Sbbnya aku ingin mereka berehat & menikmati hari tuanya dgn aman tanpa gangguan. Aku cukup tidak setuju dgn tindakan salah seorg ahli keluarga wife yg menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada ibubapanya. Pada aku tindakan itu mmg tidak patut. Walaupun mereka kelihatan masih bertenaga, tp hakikatnya mereka perlukan masa utk berehat. Boleh dikatakan hampir 80% waktu mereka digunakan utk menjaga cucu. Malah tiada hari yg khusus utk diberi cuti kpd mereka. Kadangkala mereka juga ada meluahkan perasaan yg mereka berasa penat. Tp anaknya buat tidak tahu shj. Waktu die cuti pun, anaknya diserahkan kpd ibubapanya. Kesian sungguh aku lihat keluarga mentua aku.

Aku sering katakan pada wife yg duit mmg kita blh beri kpd mereka utk menjaga cucu ttp adakah setimpal dgn pengorbanan yg diberi oleh mereka di hari tuanya itu ? pada aku mmg tidak blh dinilaikan dgn wang ringgit. Kalo kita boleh beri RM250 seorng kpd penjaga luar utk menjaga anak hanya pada waktu bekerja adakah kita berlaku adil dgn memberikan RM300 kpd ibubapa kita utk menjaga cucunya sepanjang hari tanpa cuti khusus? Jwpnnya ada pada diri kita sendiri.

Pendapat aku cukup senang. Cukuplah kesusahan yg mereka alami ketika ingin membesarkan kita dahulu utk menjadi insan yg berguna. Janganlah pula kita menyusahkan mereka pada waktu tuanya. Berilah peluang kpd mereka utk menikmati hari tuanya tanpa bebanan. Cukuplah dgn bebanan yg mereka tanggung waktu membesarkan kita dahulu. Biarlah hubungan cucu dgn atuk neneknya lebih bermakna daripada menjadi hubungan spt budak jagaannya. Ingatlah....

"...sekiranya kita menyusahkan mereka di waktu tuanya, tidak mustahil dosa serupa akan berlaku kepada kita kelak. Waktu itu nnti jgn pula slhkan anak2 tetapi lihatlah diri & apa yg telah kita lakukan dahulu...."

No comments:

Post a Comment