Friday, May 7, 2010

Dendam Kesumat..



Salam 1Malaysia. Wahh. Tgk tajuk mcm brutal lak arini. X delh. Cuma tetiba teringat kata2 abg SY, KE & Khairil di segman pg Sinar.Fm. Dieorg ade ckp "..kalo kita berdendam samalah mcm kita berdendam dgn Allah sbb semua kejadian yg berlaku adalah dr ketentuan-Nya.." Itu mmg aku setuju. Cuma kita sbg manusia mmg tidak akan terlepas dlm sifat dendam nih.

Mmg tidak dpt dinafikan bhw sifat dendam ini biasanya terjadi apabila perasaan tidak puas hati menular dlm diri kita. Lagi2 benda yg kita harapkan tidak menjadi realiti. Implikasinya kadang2 sifat dendam yg menular ini menjadi akar & menjadikan seseorang itu menjadi kurang waras dlm tindakan utk membalasnya semula.

Dalam konteks ini, sebenarnya aku sendiri tidak blh lari dr dendam kesumat yg tertanam dlm jiwa. Dendam ini aku telah kongsikan kpd wife aku sendiri. Rasenya hanya wife aku shj yg tahu & faham akan kenapa aku berdendam dgn seseorang itu. Sebenarnya dendaman ini tercetus adlh kerana aku meraskan diri ini dihina dgn sedemikian rupa. Aku cukup menghormatinya malah aku sendiri selalu berkorban masa, tenaga & wang ringgit utknya. Tetapi hanya balasan hinaan yg aku dapat. Sedangkan pada hari mulia yg digalakan kita bermaafan menjadi medan hipokritnya untk tidak menerima maaf dari pihak aku. Bayangkan apabila cerita fitnah yg kurang enak dilontarkan kpd org pihak ketiga hanya selepas beberapa saat aku merendah diri menghulurkan salam kemaafan.

Dalam jiwa aku yg sentiasa muda ini amat sukar menerima kenyataan yg aku dihina sedemikian rupa. Sedangkan aku berkali2 cuba utk memaafkannya tetapi aku kalah dek kerana DENDAM ini. Aku selalu membuatkannya gembira tetapi seringkali disalah-tafsirkan. Ini belum lagi cerita dr pihak wife yg aku blh kategorikan yg dia cukup kuat menghadai situasi sebegitu. Aku tetap akan mencuba melupakan sedaya upaya aku. Aku tidak mahu ungkit kisah silam tp jgnlah smpi diri aku berasa terhina begini. Cukuplah sikap berat sebelah yg ditunjukkan kpd kami. Jgnlah mengharapkan apa yg tidak mampu kami berikan. Kami amat terasa dgn perbuatannya itu. Yg buruk semuanya kami. Tp apabila susah pandai pula mengadu nasib kepada kami. Kami sebenarnya cukup kesian dgn nasibnya. Perasaan Kami?

Siapa yg nk ambil peduli....

No comments:

Post a Comment