Thursday, May 13, 2010

Rupa aku fanatik kt...


Salam 1Malaysia. Wah. Tahniah diucap kpd team badminton negara utk ke semi final piala Thomas bertemu China. Mlm td aku tgk perlawanan suku akhir Malaysia menentang Denmark. Mmg blh dikatakn fight. Aku lihat mmg byk improvement yg ditonjolkan oleh pemain Malaysia. Perseorang kedua negara Wong choonG Hann walaupun kalah dgn pemain muda Denmark tetapi tetap mempamerkan aksi yg baik & bertenaga. Begitu juga pasangan bidang terjun Mohd Zakry Latif - Hoon Thien How ttp memberikan saingan hebat kpd pasangan beregu berpengalaman denmark. Walaupun kalah, mereka ttp memberikan aksi yg kadangkala mencemaskan pasukan Denmark. Aksi perseorangan Hafiz Hashim mlm td utk penentuan pasukan yg ke Semi-Final mmg memberangsangkan. Dgn aksi yg agak selamba, Hafiz seakan tahu arah tujuan permainan. Nmpknya Hafiz mmg gemar bermain aksi Rally yg kadangkala memakan diri. Hafiz membuktikan yg die mmg masih blh diharapkan oleh pasukan negara. Mmg syok tgk permainan mlm td walaupun kadangkala diganggu oleh signal Astro yg kurang baik dek kerana cuaca kurang elok. Apa yg aku dpt dr pasukan negara ialah gagal sekali bukanlah kita akan terus gagal. Kita perlu bangkit & belajar dr setiap kesilapan yg berlaku. Jgn cepat alpa. Buatlah yg terbaik utk harumkan nama negara. Walaupun di semi final nnti kita bertemu dgn pasukan pilihan pertama iaitu China, jgn gentar. Lawan. Kita ttp akan lawan.

No comments:

Post a Comment