Monday, May 3, 2010

Harapan..



Salam 1Malaysia. Entry kali nih lebih kpd perkongsian ttg kehidupan aku. Boleh dikatakan hampir 80% ahli keluarga aku menjawat jwtn dlm sektor awam & majoritinya adalah dlm bidang pendidikan. Senang ckp bekerja di bangunan sekolah. Dari Ayah, Ibu, Abang sulung, adik perempuan & adik lelaki semua berkhidmat di dlm bidang pendidikan. Malah Makcik plg bongsu & suaminya juga bekerja dlm bidang pendidikan. Kalau pun mereka berkumpul seharusnya perbincangan ada kaitan dgn perkembangan bidang pendidikan masing2. Aku hanya duduk diamkan diri tanpa menghiraukan cerita mereka. Malah akan buat "bodoh" saje. Kiranya buat hal sendiri la. Aku seorng shj yg lari bidang. Berkhidmat dlm sektor swasta yg mempunyai risiko & cabaran yg tinggi. Aku cukup bangga dgn profesion aku. Tp aku lagilah bijak. Hantar wakil saje. My wife juga bakal bergelar penjawat awam dlm sektor pendidikan tidak lama lagi. Bak kata ibu," kalo bukan anak cikgu, menantu pun cikgu juga". Inilah profesion yg menjadi kebanggan ibu aku. Kadangkala aku agak terkilan kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibu agar aku berada bersama mereka dlm bidang pendidikan ini. Minat aku cukup berlainan daripada mereka. Aku tidak pernah salahkan ibu kerana meminta aku berusaha menjadi seorang pendidik. Ibu mana yg tidak mahu anaknya berada dlm zon "selamat". Tapi bagi aku biarlah aku buktikan pada masyarakat umum bhw aku juga boleh maju tanpa bergantung kpd zon "selamat & selesa" itu. Aku tidak pernah menghina profesion pendidik tp jiwa aku memberontak berkehehendakan satu cabaran. Aku juga dpt lihat yg adik beradik aku yg lain agak selesa dlm bidang yg mereka ceburi. Tp aku ttp berpegang kp prinsip yg membuktikan aku igin ttp hebat berbanding adik beradik aku yg lain. Aku cuba utk membuat ayah & ibu bangga dgn profesion aku kini.

No comments:

Post a Comment