Salam 1Malaysia.Just nk share dgn korang ttg aktiviti weekend kami.Memandangkan kami berasa buhsan dari terperap di dalam rumah, maka dengan secara tidak sengaja, kami mengambil keputusan utk menonton wayang.Sebenarnya, sejak dahulu lagi kami ni bukanlah pasangan yang suka menonton wayang.Tetapi adakalanya kami akan pergi menonton wayang sekali-sekala utk waktu golden kami bersama.Kalau dikumpul tiket wayang sejak kami bercouple dulu, rasenya belum sampai 10 tiket wayang yg kami tuntun.Siap boleh igt lg cerita apa yg kami tuntuni.
Destinasi pertama yg kami pergi adalah Jaya Jusco Tebrau.Di sana terdapat panggung wayang yg besar.Samapi shj JJ,pehh nk cari parking dhlah satu hal.Penuh disebabkan hari ahad, cuti hujung minggu.Dalam 20 minit jg baru dpt parking kete.Kemudian naik tingkat tiga dan perasaan hampa kerana panggung wayang ditutup sempena berkabung kemangkatan sultan Johor.Pehh..Nampak mcm pelik plak JJ amik bhgn tutup wayang.
Kemudian,berdesup pergi ke Pelangi Leisure Mall dan akhirnya kami dapati panggung wayang dibuka.Boleh tahan GSC Pelangi Leisure mall ni derhaka dan ingakar. Tapi bagus gak die buka.
Aku pon membeli tiket cerita Adnan Semp-it tayangan 5.05 ptg.Secara overall, cerita Adnan Semp-it nih sgt best.Terlalu banyak unsur-unsur lawak.Pelakon utamanya Shaheizy Sam mmg pandai membawa watak Mat Rempit yg x berapa nk rempit sgt.Jalan cerita yg mudah difahami tentang cinta.Cinta 2 darjat.Mat rempit yg mempunyai impian yg tersgt tinggi terhadap 'cikaro'nya yg terlalu berbeza darjat.Antara mat despatch dgn bos.
Watak-watak dalam filem ini juga banyak memainkan peranan dlm menghidupkan cerita ini.Memang release tension bile tgk cerita nih.
No comments:
Post a Comment