Monday, January 4, 2010

DPLI: Mee segera bernilai.



Salam 1 Malaysia. (Sila lihat gambar di atas).Adakah anda mengetahui tangan yang menulis itu adalah guru produk ISMP ataupun DPLI?(jawab dgn ikhlas). Aku sendiri tidak mengenali guru tersebut adalah guru ISMP atau DPLI. Aku menulis isu ini kerana sedikit kesal dan terkilan kerana DPLI dianggap menutup periuk nasi bakal guru2 ISMP. Hal ini pernah menjadi panas di UPSI.Sekarang ia semacam satu isu panas peringkat nasional. Aku menulis kerana memberi respon terhadap satu laporan media perdana yang disiarkan pada waktu tengahari. Aku sendiri melihat dan mendengar pemberita membaca kiriman e-mail yang disiarkan di kaca TV3.

Tahun 2010 dan seterusnya adalah tahun yang kritikal dan sangat mencabar bagi graduan pendidikan. Isu penempatan yang terhad, kualiti bakal guru,dan persaingan sengit graduan pendidikan menjadi isu nasional yang cukup panas. Ini dipanaskan lagi dengan kiriman e-mail ke produsi media tempatan yang menyalahkan program DPLI@ KPLI diwujudkan & menyelar guru DPLI @KPLI sebagai GURU mee segera.Kualiti guru DPLI @KPLI dipersoal. Malah menyelitkan lagi pernyataan yang sumbernya boleh dipertikai.

Aku tidak hanya melihat kepada diriku sahaja.Aku berpendapat bahawa Guru mee segera juga tidak kurang hebatnya. Kalau begitu kenapa Mee Maggie tetap menjadi pilihan pengguna walaupun mereka sebenarnya mampu membeli mee goreng mamak?Utk makluman, kebanyakan graduan DPLI @KPLI (tp bukan semua) mempunyai pengalaman kerja sebelum memasuki DPLI @KPLI. Sebahagian dari mereka pula (termasuk aku) merupakan bekas guru yg bertaraf kontrak.Ada juga di antara kami yang telah berkhidmat sebagai guru kontrak bertahun2 lamanya.

Persoalan sekarang.Adakah pengalaman sebagai guru (bertaraf kontrak) tidak membantu kami graduan DPLI @KPLI untuk meningkatkan lagi profesionalisme perguruan?Adakah sesi bilik kuliah selama lebih kurang 7 hingga 8 semester menjadi ukuran tahap profesionalisme perguruan?Adakah graduan ISMP tahu prosedur untuk memasuki pengajian DPLI @KPLI?Adakah sesi bilik kuliah selama beberapa semester itu (ISMP) cukup menjadikan guru yang berfikian waras, profesional  dan berpengetahuan luas?Adakah graduan ISMP sememangnya boleh menjawab ujian INSAK dengan jayanya?Bagaimana pula sesi temuduganya?Pengalaman dalam bilik darjah?

Oleh yang demikian memang tidak dapat dinafikan graduan ISMP mahupun DPLI @KPLI ini belum lagi hebat. Yang membezakan kualiti guru bukanlah kelulusan. Penempatan guru pula bukanlah bersandarkan kelulusan. Ternyata kehidupan bermula dari pengalaman. Rezeki ada di mana2. Jikalau anda (ISMP) terasa hebat, tidakkah anda malu menyalahkan orang lain. Sahutlah cabaran dunia perguruan. Bukan semua mempunyai nasib yang serupa. Tapi ingat, Rezeki itu hak Allah dan Allah jualah yang menentukan rezeki untuk makhluknya.

Adakalanya mee goreng mamak yang dimasak dgn cukup bahan & dimasak lama tidak sesedap mee segera yang hanya dituang air panas & dimasak 3 minit.

No comments:

Post a Comment