Wah.Ini bukanlah berkenaan bisnes MLM.Ini melibatkan pekerja sesuatu organisasi.Mesti seronok kalo terpilih melakukan kerja dari rumah.Tp apakan daya, sistem bekerja dari rumah hanya melibatkan warga JKR terpilih & juga semestinya mereka adlh pekerja sektor awam.Aku lak hanya bekerja sbg operator pengeluaran kilang.Semalam aku terlihat beberapa feedback dari peserta yg terpilih dlm sistem bekerja dari rumah di dlm Buletin Utama.Minggu ini adalah minggu permulaan bagi mereka & jangkamasa percubaan sistem ini adlh selama 3 bulan.
Rata2 peserta memberikan komen yg agak sinonim.Dapat jimatkan masa, dpt elak kesesakan trafik & dpt jimatkan pelbagai kos.Kalaulah dapat dirungkai semua komen yg diberikan, ia dapat memberi impak yg sgt besar kepada kualiti & produktiviti pekerja.Masa yg agak flexsible bekerja dari rumah mebuatkan mereka dapat menggunakan masa yg optimum untuk melakukan kerja.Masa yg sblm ini hanya terbuang di dlm perjalanan ke tempat kerja selain akan menggangu kosentrasi pekerja akibat kesesakan trafik, penat dan juga tekanan sesuntukan masa utk melaksana pelbagai tanggungjawab.
Peserta yg terlibat adlh kalangan mereka yg terlibat secara langsung penggunaan komputer sepenuh masa dn melibatkan rekacipta. Maka idea mereka cukup penting dn byk menggunakan kreativiti.Mungkin bekerja dari rumah dapat mengurangkan tekanan kerana tidak perlu berjumpa Bos setiap hari yang sememangnya memeningkan kepala.
Bagi saya banyak aspek terlibat antara pekerja amat penting dalam hasil projek perintis ini.Komunikasi, kejururan, amanah dan time management amatlah penting.Al-maklumlah kita semua tahu cabaran di luar pejabat lebih bahaya berbanding dalam pejabat. Yang penting fokus kepada kerja, jujur kepada diri sendiri, melaksanakan amanah dengan yakin dan dapat menangkis cabaran jahat dari luar.sekurang2nya ada tidak perlu bersuppin utk baju kerja yg baru utk 3 bulan ini.
Yang sebenarnya agak susah juga bekerja dari rumah.Ditakuti tersalah guna pulak masa yg tersedia.Takut juga tak terpikul nnti tanggungjawab di SANA kelak.Akhir kata, Selamat maju jaya buat semua peserta.Semoga projek perintis ini membuktikan bekerja dari rumah itu BAIK.
No comments:
Post a Comment