Friday, January 8, 2010

Bas Super Nice yang mmg #$%&


Salam 1 Malaysia.Arini aku just nk kongsi sedikit pngalamn menaiki Bas Ekspress Super Nice.Perjalanan aku dari Puduraya ke Johor Bahru memang seronok menyakitkan.Korang tau ape yang telah berlaku?
Aku telah membeli tiket Bas ke JB bg perjalanan pkl 5.30ptg waktu Malaysia.Aku telah membeli tiket perjalanan itu secara On-The-Spot.(dgn kata lain menggunakan ulat tiket yg berkeliaran di Puduraya itu).
Sudah menjadi kebiasaan aku membeli tiket melalui ulat bulu tiket. Aku akan pastikan bas itu bebetul wujud dan apabila dapat shj tempat duduk, aku akan bayar kemudian.

Tapi semalam mmg malang nasib aku.Igtkan bas ini mmg akan jalan On-Time.Aku mmg x suka menunggu lama2.Rimas.Tiket tertera perjalanan bermula 5.30ptg.Tapi pkl 6.15ptg pon bas itu tidak lagi memulakan perjalanan.Kebanyakan penumpang mula bising & kecoh.Aku terus sound driver.Jawab driver kn tunggu lampu hijau dr pengusaha bas.Apabila org yg bertanggungjawab dtg ke bas, aku terus bising & korang nk tau ape yg berlaku?

Mgkn kerana penggunaan Walkie talkie yg sentiasa ON, aku terdengar suara lain menganjing aku.Panas beb.Bas memulakan perjalanan lebih kurang pkl 6.20ptg rasanya dgn tempat duduk masih lagi banyak kosong.Apabila bas itu memulakan perjalanan, rase sudah mula lega & kemarahan pon terus reda.

Die wat hal lagi.Kate bus non-stop.Bus ni boleh masuk plak Seromban,NS.Dahla lama benti kt Seromban.Aku sound lg driver.Driver tu cm blh jawab tunggu kaunter beri arahan.dlm pkl 8.15 baru mula perjalanan kembali.

Ingat panas ke petang.Rupa-rupanya panas di tengahari.Bas ni wat hal lagi.Boleh berhenti lagi kt R&R Yong Peng Utara.Setengah jam katanya.Pehh..hati sudah panas.Ramai penumpang lain dh stat mengeluh.
Bas sampai jua di JB pada pukul 11.30mlm.

Total perjalanan menaiki Bas Super Nice dari KL-JB = 6 Jam. Perjalanan biasa hanya 3-4 Jam.
Perjalanan aku seperti ke Utara tanah air.

Well, aku macamene pon, aku still boleh bg kredit kt Bas Super Nice ini.Drivernya cukup sabar dgn karenah samseng aku. Jawab balik pon sopan aje.Siap backing aku marah pengusaha di Puduraya ngan wakil kaunter di Seremban.Dari segi keselesaan dalaman, cukup baik.Bersih , selesa dan cantik.Bas pon nampak terjaga dan baru.Cuma mgkn lepas ini aku kan cuba utk tidak memilih bas Super Nice, Alisan, Plusliner nih lagi.

*Aku telah ditertawakan oleh hubby setelah memberitahunya aku menaiki Bas Super Nice. Rupa-rupanya die dh tahu perkhidmatan Bas ini agak teruk.Die dh ade pengalaman.Die juga yg telah menyebabkan aku sabar.TQ hubby.U are so naughty.Nyesal di sini naik bas itu.



No comments:

Post a Comment