Salam 1Malaysia.Rasanya semua maklum pendidikan adalah salah satu keperluan dalam kehidupan.Menjadi persoalan kebelakangan ini adalah jaminan kerjaya bakal pendidik menjadi isu yang cukup sensasi apabila keluar sahaja dari institusi pendidikan.Tambahan lagi isu ini melibatkan universiti yang sememangnya melahirkan para pendidik segenap lapisan.
Jikalau dilihat senario sekarang, banyak institusi melahirkan bakal pendidik.Jadi, persaingan untuk menjadi pendidik menjadi cukup sengit.Ini ditambah lagi dengan tindakan drastik kerajaan mengisi kekosongan jwtn pendidik dengan mewujudkan program KPLI dan DPLI yang objektifnya memenuhi keperluan sejumlah besar pendidik.
Sebenarnya kehadiran pendidik berlatarkan KPLI dan DPLI bukanlah menjadi batu penghalang kepada penempatan ISMP. Aku suka memberi pendapat berkenaan isu ini kerana isteri aku juga merupakan bakal pendidik.Terdapat segelintir pendidik yang masih lagi memilih tempat bertugas seperti tidak mahu ditempatkan di kepulauan borneo.Ini terbukti apabila terdapat sebilangan guru menolak tanpa bersebab ketika adik lelaki aku mendaftarkan diri untuk ditempatkan di Limbang, Sarawak.
Aku juga ada terlihat sebuah laporan di akhbar Berita Harian bertarikh 6 Jannuari 2010 yang mengaitkan isu penempatan secara tersirat.Kenyataan TPM itu ada juga benarnya. Artikel Guru Patut Akur Arahan bertukar menjadi punca ketidakseimbangan guru.Pertukaran ini melibatkan kenaikan pangkat, keperluan guru mengikut subjek,keperluan guru mengikut gender, dan juga keperluan guru mengikut kelulusan.
Unjuran dan perangkaan keperluan guru diukur mengikut kekosongan semasa sesuatu tempat.Jadi adakah dengan pelanjutan usia pencen kepada umur 58 menyumbang kepada isu penempatan guru ini?Bagaimana pula keenganan guru senior yang ditawar menjadi pentadbir di PPD,JPN dan juga Kementerian Pelajaran?Bagaimana pula dikatakan lebihan penawaran guru sedangkan terdapat guru GSTT masih diperlukan pada isu ini hebat diperkatakan?Adakah penyambungan kontrak sesetengah guru yang baru bersara masih lagi diperlukan?
Mungkin persoalan yang diajukan dapat menyelesaikan sekurang2nya 25% isu penempatan bakal pendidik.Sewajarnya bakal guru-guru juga perlu bersedia sebelum menjalani INSAK & juga temuduga.Bakal guru juga diingatkan jangan mudah melatah sebaliknya mempersiapkan diri dengan segala cabaran dan rintangan sebelum melangkah ke alam bekerjaya.Pesanku hanya janganlah terlalu yakin & berharap pada segulung ijazah yang belum menjanjikan masa depan.
No comments:
Post a Comment