Kenapa Mesir bersikap demikian?Adakah mereka tidak lagi mempunyai belas kesian terhadap negara Palestin.Inilah masalah sebenar dunia timur tengah.Konflik dan peperangan adalah isu yang biasa bgi mereka.Mesir yang bersempadan dengan Palestin telah lama menjadi duri dalam daging.Sempadan Mesir-Palestin ditutup dn dikawal rapi oleh pihak berkuasa.Apa ertinya?
Lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan sebagai membantah keputusan Kerajaan Mesir melarang 59 buah kenderaan dan 2 trak konvoi dibawa keluar dari pelabuhan Al-Arish untuk dibawa ke Gaza.Mereka telah berhimpun dan mengadakan benteng manusia memprotes keputusan kerajaan Mesir itu.Konvoi Viva Palestina disertai 450 pelbagai warga dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat Palestin di Gaza.Sedangkan konvoi kemanusiaan ini tidak membawa ancaman kepada Mesir mahupun Israel.Pihak berkuasa Mesir telah menempatkan 189 anggota unit anti rusuhan lengkap dengan meriam air dan gas pemedih mata.Polis Mesir bertindak ganas terhadap ahli konvoi itu selepas tiga jam anggota konvoi itu menunjuk perasaan di hadapan pintu masuk dan keluar keselamatan di pelabuhan El Arish.Kejadian itu dipercayai dicetuskan ejen provokasi pihak kerajaan Mesir yang sengaja menghuru-harakan keadaan.
Menurut pengasas Viva Palestina, George Galloway, rundingan di peringkat tertinggi sedang diadakan oleh pihak Turki dengan kerajaan Mesir termasuk menuntut semua anggota konvoi yang ditahan dibebaskan segera.Misi bermula dari London pada 6 Disember lalu, melalui pelbagai tempat di Turki, Syria, dan Jordan. Mereka sepatutnya tiba di Gaza pada 27 Disember tetapi tertangguh akibat halangan kerajaan Mesir yang enggan membenarkan mereka menggunakan bandar Nuweiba sebagai pintu masuk ke Rafah sebelum tiba di Gaza. Akibatnya, mereka terpaksa kembali ke Damsyik, Syria untuk mencari laluan lain untuk memasuki Rafah sebelum tiba di Gaza.
Aku merasa malu dengan tindakan Dunia Islam sendiri.Sudahlah Israel terus menerus meluaskan wilayah haramnya.Keperluan asas terus disekat.Banyak mangsa rakyat palestin sendiri terkorban angkara tentera zionis.
Adakah tiada harapan lagi utk menyelamatkan Mesir dari cengkaman Israel?Adakah Mesir terus akan menurut perintah Amerika & Israel Laknatullah?
No comments:
Post a Comment