Monday, January 25, 2010

JOHOR BERKABUNG


Al-fatihah buat Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Roh almarhum dicucuri rahman atas hendak-Nya.

Salam 1 Malaysia. Hari aku ingin berkongsi sedikit kesedihan mengenai pemergian Sultan Johor di mana tempat negeri kelahiran aku.Dari saat aku dilahirkan, sememangnya negeri ini mula diperintah oleh Almarhum Sultan Iskandar. Oleh yang demikian, aku memang tersangatlah biasa mendengar nama Almarhum Sultan.

Sebenarnya, aku sangat bersyukur di bawah pemerintahan Almarhum sultan. Negeri johor telah dikenali dan agak maju berbanding negeri lain.Almarhum memang terkenal dengan sifat yang mesra kepada rakyat negeri Johor ini.Aku dapat rasakan pemergian Almarhum memang amat dirasai oleh warga Johor.

Di saat terdengar ura-ura Al-marhum sultan Iskandar mangkat pada petang jumaat itu, aku terus menukar siaran radio kepada Best 104.1 fm dan berkumandang bacaan Surah surah al-Quran.Ini membuat aku ingin mengetahui status almarhum sultan.

Di saat pengumuman oleh Tunku Ibrahim mengenai menjawat jawatan pemangku Sultan Johor pada buletin utama, sudah tergambar wajah sugul baginda.Terpancar ada sesuatu yang di sembunyikan pada wajah baginda sehinggalah satu pengumuman khas oleh Menteri Besar Johor, Datuk Ghani mengenai pengistiharan kemangkatan Baginda Sultan secara formal.Pengumuman itu sangat mengejutkan aku.

Aku terus menanti berita terkini di kaca TV.RTM 1 sudah memulakan langkah awal pakaian berkabung pada malam tersebut.Aku dapat rasakan pada malam itu suasana di Bandaraya Johor berubah sepi seperti menghormati kemangkatan baginda sutan Johor.

Pada sebelah pagi Sabtu, aku menunggu lagi di kaca TV utk melihat istiadat dan upacara kemangkatan Sultan Johor secara langsung di TV.Sebenarnya aku teringin utk sama-sama pergi ke Istana tetapi terhalang kerana protokol pakaian dan juga kesihatan FIL yang perlu dihantar ke Hospital.

Aku mengajak my wife utk sama-sama menonoton TV melihat secara dekat dan langsung perjalanan protokol kemangkatan sultan.Aku cukup terharu dengan kehadiarn ribuan rakyat negeri Johor ke Istana besar utk melihat almarhum dari dekat.Sebenarnya berasa bersalah juga kerana tidak turut serta dlm upacara khas itu.

Aku cukup tertarik dengan adat istiadat pemakam almarhum kali ini.Jenazah almarhum tidak dibiar menunggu lama utk dikebumikan.Agak ringkas dan teratur mengikut syarak.Terlihat jg ramai rakan sejawat almarhum datang menziarahi jenazah serta pembesar-pembesar negara.Aku sangat terharu disaat keranda diangkat menuju ke pedati khas kerana keranda itu hanya diangkat oleh anakanda, cucu-cicit dan kerabat almarhum.Terlihat juga Tengku Majid dan cucu kesayangan almarhum Tengku Ismail mengiringi keranda di atas pedati.Terlihat juga baginda sultan, Tengku Ibrahim sanggup berjalan kaki sejauh lebih kurang 6 km bersama-sama ke destinasi akhir, Bukit Mahmoodiah.Kedengaran sebanyak 78 das tembakan meriam sepanjang perjalanan dari istana besar ke Bukit Mahmoodiah.

Setelah keranda diturunkan ke liang lahat, sekali lagi aku lihat kesungguhan anakanda almarhum, Tengku majid dan cucunda, Tengku Ismail mengambus tanah perkuburan almarhum.Kemudian, bacaan talkin yang baca oleh Dato' Noh mengingatkan roh Almarhum mengenai perjalanan alam barzakh serta diingatkan lagi segala jwpn-jwpn yang akan ditanya kelak di alam kubur.

Maka tinggallah almarhum seorang diri di dalam liang lahat.Tiada beza almarhum dengan rakayat biasa di alam kuburan itu.Tinggal semua pangkat, kedudukan, harta di dunia ini.

Namun apa yang aku dapat lakukan hanya sama-sama menyedekahkan Al-fatihah buat roh almarhum dan mendoakan agar roh almarhum dicucuri rahmat.











No comments:

Post a Comment