Wednesday, January 27, 2010

Perjalanan aku mencari rezeki seharian


Salam 1Malaysia.Arini aku nk kongsi sket tentang kehidupan aku seharian.Setelah my wife tinggalkan aku utk continue her study,sesudah pikir semasak ranum, aku mengambil keputusan utk keluar dari rumah Taman Perling tue.So,aku pun start laa mengangkut barang utk tinggalkan kehidupan di kota besar itu.Yg menjadi keberatan ialah aku telah penuhkan barang2 keperluan asas di rumah perling tuh


Aku pun mendengar kata ibu aku yg berkehendakan utk pulang dan tinggal di rumahnya shj.Boleh muat pulak tuh barang2 asas rumah perling diletakkan di rumah ibu.Jadi sekarang aku akan berulang-alik pergi kerja dari rumah family.


Jarak tempat kerja dari rumah family aku lebih kurang 55km dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.Pehh hampir satu jam.Sebenarnya aku tercabar dgn kesanggupan Ayah yg berulang-alik dari rumah ke sekolahnya yg jaraknya lebih kurang 50km juga.Jadi, kalo org seusia ayah boleh berulang, kenapa aku tidak boleh.Setahu aku, sepanjang karier ayah sbg pendidik,perjalanan ke sekolah rata-ratanya jauh dan pernah di tugaskan jauh di pedalaman iaitu kampung sri gunung, berhampiran gunung pulai.


Sebenarnya yang aku ingin jajakan di sini adalah suasana dan keadaan perjalanan seharian aku ke tempat kerja.Aku akan keluar di awal pagi.Bukan ingin mengelak jammed tapi suasana di jalan raya itu.Hari2 aku akan terpaksa berlumba dengan lori pasir dan lori hantu kelapa sawit di spjg perjalanan.Jalan yg aku gunakan adlh jalan biasa bukannya berstatus highway.


Keadaan jalan Kota Tinggi - Kulai, Seelong-Senai memang amatlah diketahui oleh org sekitar situ.Sruktur jalannya berlubang-lubang dan tidak rata.Jalan yg ditampal lubang-lubangnya akan manghasilkan bongolan di sepanjang jalan.Apabila jalan itu dibaiki, mungkin bertahan kurang dari sebulan.Tapi akhir2 ini kerja-kerja menaik taraf keseluruhan sepanjang jalan seelong-senai membuatkan jalan ke tempat kerja cukup selesa dan lancar.Tapi, itu pun dah mula berlopak2 sini sana.






Aku buleh katakan yg akan berjumpa tidak kurang 5 buah lori pasir bermuatan penuh di sepanjang perjalanan ke tempat kerja.Jadi kehadiran lori-lori inilah sebenarnya menjadi masalah.Perjalanan ke tempat kerja selalunya terganggu dgn kelajuan lori2 ini dan lebih2 lagi ketika jalan mendaki bukit, terlalu perlahan.Kalau menuruni bukit, pehh laju giler.Malah aku beberapa kali hampir dilanggar lori pasir kerana lori itu hilang kawalan ketika menuruni bukit.


Kebanyakkan lori pasir ini akan mengangkut pasir sungai yang belum lagi diproses.Oleh itu, pasir yang amsih basah akan mengeluarkan airnya.Air yg keluar dari mampatan pasir tadi akan terpercik disepanjang perjalanan lori pasir tersebut.Kereta aku akan kotor malah aku dapat rasakan yg cat kereta aku mungkin rosak angkara pasir-pasir ini.mmg jelas kesan calar2 kecil di bonet depan kereta.Percikan air dari lori pasir tersebut juga akan mengakibatkan pemandangan aku melalui cermin kereta terganggu.Air pasir ini akan meninggalkan kesan kotor di cermin.Malah percikan pasir dan airnya itu amat membahayakan pengguna jalan raya lebih2 lagi penunggang motosikal.Mungkin mata mereka amat terdedah dgn bahaya air dan pasir ini.


Malah boleh dikatakan pengusaha dan pemandu lori pasir ini tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yg lain.Pasir yg diangkut tidak ditutup sempurna.Adakalanya terlihat penutup yg digunakan tanpak uzur dan tidak lagi sesuai digunakan.Malah aku sendiri selalu terlihat yg lori pasir ini membawa muatan yg berlebihan dari bentuk pasir yg menggunung di belakang lori.Kadang kala aku melihat keadaan lori yg digunakan juga tampak uzur dan tidak diselenggara dgn baik.Tayar yg diguna juga nampak botak dan kadangkala terkopek di jalan raya.


Dan apabila aku pulang dari tempat kerja, lain pula ceritanya.Kebanyakan lori pasir ini sudah dihantar muatannya.Maka lori2 ini akan mula bermaharajalela di pandu laju dan cukup membahayakan pengguna jalan raya yg lain.Lori ini dipandu secara melulu dan terlalu laju.Malah mereka akan berlumba sesama sendiri.


Itu baru cerita tentang lori pasir.Belum lagi lori hantu buah kelapa sawit dan lori tangki minyak.Memang hari2 aku terpaksa bertarung dgn lori nih.Tp yg aku paling suka apabila terdapat sekatan jalan raya kt Ladang Yayasan YPJ.Aku akan nmpk lori-lori pasir ini berhenti di tepi jalan dan jalan raya juga menjadi lapang.Persoalan..Kenapa lori2 nih berhenti di tepi jalan jika ada sekatan jalanraya oleh polis @ JPJ @ PTG? Kalau mereka mempunyai permit yg sah, kenapa mereka perlu takut? Dan mereka tidak perlu takut sekiranya mereka mengikut semua perturan yg telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.


No comments:

Post a Comment