Saturday, January 2, 2010

Malaysia : Gerhana 2010 ?



Salam 1 Malaysia. Gelap. Cukup Gelap. Berita hangat 2010.Ini bukanlah cerita tentang gerhana bulan ataupun gerhana matahari untuk tahun 2010. Ini mengisahkan gerhana untuk kita umat Islam di Malaysia tahun 2010. Terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membenarkan akhbar Mingguan Herald-The Catholics Weekly menggunakan kalimah Allah. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi & tindakan umat Islam di Malaysia. Walaupun keputusan memihak kepada sebelah Sana, namun penggunaan kalimah Allah secara salah oleh pihak Sana dikhuatiri akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam yg masih lagi mencari makna Iman. Sebagai majoriti penduduk Malaysia yang beragama Islam, memanglah keputusan penggunaan Kalimah Islam menjadi terlalu sensitive & juga menjadi tanggungjawab Umat Islam bangkit menentang keputusan itu. Penggunaan kalimah Allah ini sudah menjadi hak eksklusif umat islam di Malaysia.

Menjadi persoalan kenapa baru sekarang pihak Sana ingin menggunakan Kalimah Allah ini?Adakah ini merupakan satu agenda secara halus untuk menyebarkan Kristian melalui kekiruan akidah Umat Islam?Adakah pihak Sana telah mengetahui kelemahan perundangan negara?Adakah ini merupakan peluang yg terbuka diambil oleh pihak Sana setelah melihat perpecahan bangsa Melayu yang secara signifikan menganuti Islam?Adakah keputusan ini berkaitan dengan permasaalahan arena politik semasa?Adakah ini merupakan kesempatan yang diambil ke atas kelembutan pihak kita terhadap perlembagaan negara?Adakah ini satu pengajaran yang jelas dari kerjasama politik berasaskan matlamat kerakusan kuasa?Adakah ini satu kesempatan yang diambil dari petikan ucapan ulama yang digilai ramai yang sememangnya telah mengeluarkan satu pernyataan yang tidak disenangi oleh pihak Sini?
Jelaslah selepas Mac 2008 sememangnya banyak peristiwa yang cukup mengegarkan negara. Dari ayat Quran sendiri dipersenda dan sekarang kalimah Allah pula. Mana dia pihak yang selalu melaung-laungkan Islam? Sekarang, tepuk dada, tanya Iman. Fikir-fikirlah wahai umat Islam Malaysia. Sedarlah dari tidur. Sekarang kita melalui GERHANA 2010.

No comments:

Post a Comment