Wednesday, January 20, 2010

Family Day di Melaka.

Gmbr ayah & ibu di banglo penginapan


Salam semua. Rase dah lame x menulis kt blog nih..Pada 16-17 Januari 2010 yang lepas, aku telah turut serta dalam Family Day yang memang hanya melibatkan family aku.Sebenarnya family day ini diadakan secara ad-hoc.Tarikh asal unutk diadakan family day ini adlh pada 23-24 Januari 2010.Memandangkan tarikh asal itu 23hb kebanyakan sekolah mengadakan sesi pereskolahan ganti bagi Cuti Tahun baru Cina yang akan datang.

Cuma family day kali ini tidak begitu meriah kerana my Wife terkecuali menyertai family day ini.My wife disaat-saat akhir terpaksa rela utk menghadiri kem BIG.Terasa juga kekurangan apabila dia tiada.Semua ahli keluarga pun begitu asyik tertanya2 wife aku..Tapi x pe..

Family Day pada tahun 2010 kali ini diadakan di A Famosa Resort, Melaka.Memandangkan aku kerja pada hari sabtu itu, aku berangkat ke Melaka terkemudian ditemani oleh Along aku.Aku sampai kira-kira jam 1715waktu Malaysia.Sebenarnya ada pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam perjalanan pergi ke A Famosa resort tuh.

Aku ditipu bulat2 oleh GPS handphone aku.Ini gara2 sikap yakin aku itu + tiada signboard yg jelas melepasi tol Simpang Ampat Melaka itu.Selepas membayar tol RM19.00 di tol simpang Ampat (dari Ayer Hitam), aku muju ke roundbout.Di roundbout tiada satu signboard menuju ke A Famosa.Dengan yakin aku mengambil simpang pkl 3 memandangkan aku rase A Famosa itu terletak di sebelah kanan lebuhraya (dr arah selatan) dan sebelah kanan aku.Masuk je simpang still x nmpk signboard.So aku decide utk aktifkan GPS di HP.Korang nk tau, GPS tuh terus menghalakan aku ikut arah ke hadapan mean arah Tampin.Jadinya aku ikut pekan tampin utk sampai ke A Famosa.

Perjalanan yang ditunjuk oleh GPS agak jauh.Aku dah start rase lain mcm.Macam rase jauh jek.Lebih2 lagi aku melalui 2 lintasan jalan keretapi.Aku teruskan juga follow GPS.Kt GPS itu mmg dh tunjuk waktu kitaorg akan smpi dgn kelajuan itu.Akhirnya sampai lah kami ke A Famosa Resort tuh.

Kemudian, satu lagi masalah timbul.A Famosa tu terlalu besar bagi aku.Lepas je amik tiket di pondok pengawal, aku mencari signboard ke villa.Follow ke arah villa.Pehh..pening gak sbb byk sgt villa dalam area nih..Tetiba aku buntu dan menelefon semua org yg dh sampai.hampeh..semua tidak berjawab..Akhirnya mak uda angkat telefon faiz pening dan beri direction arah ke villa kami tuh yg paling belakang iaitu cari signboard villa amour.

Dah dapt tune jln nk pegi villa amour sampai lak kt pondok security.Kereta aku kn tahan & pakcik tuh ty nk pegi villa no berapa.Sekali lg tepon dan makcik aku beritahu.Aku ckp laa kt Pak Guard tuh no villa tu 1026.Pakcik tuh bgi direction pegi villa tuh.Boleh ke time tuh pakcik tuh mcm nk ajak aku berbual...

Sampai jek villa dh nk dekat jam 1730.Ingat sempat nk bergegas mandi kt A Famosa Waterworld.Tak sempat lak rasenya.Tutup jam 1830.Last2 tunda nk mandi esok.Patut laa semua x angkat tepon.Dieorg rata2nya tgh mandi kt Waterworld tuh.

Villa kt sini cukup cantik dan besar. Villa yang family aku sewa terdapat 4 bilik dan dilengkapi 1 kolam renang kecil.Cukup selesa.Aktiviti just kumpul sesama sedara jelah.merapatkan silturahim.Tapi aku x tido kt villa tuh.Sebab aku kira2 termasuk aku mcm x muat jek tempat tido.Aku memecut pergi ke Tanjung malim unutk bertemu my wife.hehehehe tuh x dh stat PK lain la tuh

Aku dh janji kt Ibu akan smpi dlm Jam 1030 pagi.Janji ditepati sbb aku sebenarnya nk mandi kt waterworld tuh.Tapi hampa sekali lagi.Along dan konco2 telah meninggalkan aku.Mereka telah pergi berfoya-foya ke A famosa aniwal world safari.Janji nk mandi.Aku dh x de member nk mandi sekali.Mandi kolam kt villa pon aku dh x de mood.

Kami sekeluarga check out dalam Jam 1300 dan terus menuju ke arah Bandar Hilir Melaka.Sebelum sampai ke Bandar Hilir, kami sekeluarga berhenti makan tengahari di Semabok.Makan tengahari secara hidang.1 meja 4 orang.Total 4 meja utk 16 org.Menu yg dipilih ialah semestinya asam pedas kepala ikan Merah, Sayur nangka masak lomak, ulam-ulaman ( tenggek burung, salad, ulam raja), dan ayam goreng panas.Setelah selesai makan solat kt situ tp..aku nk komen sket psl penyelengaraan tandas dan surau kt situ.

Dah tau menjadi tempat persinggahan org ramai untuk makan, sepatutnya tandas diselenggara dengan baik.Tandas cukup kotor.Air x de.Nk ambil wudhu' pon susah.Kepala paip yang tidak samapi RM10 pon tidak berganti.Kepala paip hanya diikat dengan getah spy air tidak melimpah.Jadi air kekal keluar kecil.Susah betul nk ambil wudhu'.Pastu, surau hanya disediakan 2 helai sejadah.nak solat berjemaah pon rs x selesa sbb lantai surau tidak terjaga.Sejadah pon limited.

Lepas solat ramai2 menuju ke Dataran Pahlawan Megamall sbb nenek teringin sgt melihat Bandar Hilir. Katanya paling last pergi ke Melaka pada masa aku dlm perut ibu aku lagi.Sian Nenek aku..Pehh susah betul nk cari parking kt dataran pahlawan tuh.Dah tau ade megamall, knp lah xdesign tmpt parking banyak2.Just ada satu tingkat basement jek..Pusing py pusing x jumpa parking.Last2 parking kt Hotel Equatorial yg terletak bebetul depan dataran pahlawan mall.Parking kt situ kene byr RM10 per entry..pehhh..x de pilihan..

Jalan2 dlm Dataran Pahlawan Mall.Just window shopping.pergi kt kedai GPS ty psl GPS yg dijual.Tp hampehh..x tau nk explain..Tau jual jek..Pastu lepak kt Big Apple Donut & Co..Terigt kt wife..die suka sgt donut Big Apple nih..kena dengki ngan Along suruh minum air kopi Cappucino yg die order..Pehh pahit gile..Melekat..Letak 8 sachet gula still pahit lagi..

Lepas tuh masing2 balik ke arah destinasi masing-masing.Mak uda balik BBU, Mak Usu balik Bukit Besar, Aku ngan parent balik Bandar Tenggara.Aku memilih utk lalu tol Jasin manakala Ayah & Mak Usu memilih melalui Tol Ayer Keroh.Akhirnya aku kembali jumpa kereta parent aku di Tol Ayer Hitam kebetulan sebelah menyebelah.

Haziq, Adik paling bongsu


Along & kambing



No comments:

Post a Comment